Wednesday, February 19, 2014

Ronda-ronda Di Jakarta

Sekadar perkongsian pengalaman saya berkunjung ke Kota metropolitan negara jiran serumpun kita...JAKARTA bagi mereka yang dah sampai Alhamdulillah, bagi mereka yang belum, coret-coret ini boleh dijadikan panduan.


Saya tiba di T3 Soekarno Hatta International Airport Jakarta dari LCCT KL lebih kurang 750mlm waktu JKT bersamaan 850mlm waktu KL. Kami bergegas keluar selepas pemeriksaan imigresen dan kastam Indonesia untuk mendapatkan teksi untuk ke Hotel penginapan terletak di Pusat Kota Jakarta.



Melalui pengalaman blogger yang pernal ke Jakarta mereka menyarankan untuk menggunakan Taksi BLUEBIRD (teksi takrif rendah) kerana teksi ini adalah teksi yang paling boleh dipercayai di Jakarta. Namun akibat kalut kami mencari teksi BLUBIRD ini saya ditangkap oleh Ulat teksi di pintu keluar T3. Abang teksi menunjukkan kad pengenalan teksinya yang tidak tahu kesahihannya dan menawarkan bayaran RP 250 000 untuk kos penghantaran termasuk kos tol ke Hotel penginapan kami yang terletak di Pusat Kota Jakarta. Setelah tawar menawar dibuat abang teksi bersetuju menghantar kami dengan kos RP 120 000 (RM-+36) termasuk tol. Akhirnya sangkaan saya kepada ulat teksi yang mencekik darah meleset sama sekali kerana mengikut kata pihak Imigresen yang bertugas di T3 tambang dari T3 ke pusat kota Jakarta lebih kurang RP 100 000 tidak termasuk tol dan kawan saya yang telah tiba pada paginya dikenakan bayaran RP 150 000 tidak termasuk tol oleh pengusaha teksi yang terdapat di T3.


Teksi BLUEBIRD

Akhirnya kami sampai di hotel penginapan kami yang terletak di bangunan LTC Glodok di Jalan Hayam Wuruk iaitu FaveHotel LTC Glodok dengan kadar bilik standard untuk 1mlm ialah RM 97 sahaja dan saya telah menempah bilik untuk 3 malam. Hotel ini terletak di tingkat 8 bangunan LTC Glodok dan kenderaan boleh terus masuk sehingga ke pintu depan lobi melalui jalan masuk parking bertingkat yang terletak di tepi bangunan LTC. Hotel ini menyediakan kemudahan seperti di dalam gambar yang boleh di search pada Mr.Google dengan menaip Favehotel LTC Glodok dan anda boleh melihat apa yang disediakan oleh pihak hotel ini.


FaveHotel LTC Glodok 
Permandangan Kota Jakarta dari Hotel di tingkat 9 FaveHotel

Bangunan LTC Glodok adalah Gedung membeli belah engineering tool & part dan boleh saya katakan tidak masuk ke dalam gedung tu pun tak apa. Tiada apa nak dibeli di situ melainkan barangan pertukangan, pembinaan, mekanikal dsb. 

Keesokan pagi kami pergi ke Gedung membeli belah Mangga Dua Square yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan namun dikenakan bayaran RP 45 000 kerana kami menaiki teksi SILVERBIRD (Toyota Camry) yang disediakan pihak hotel. Teksi SILVERBIRD adalah salah satu jenis teksi dari jenis BLUBIRD tapi SILVERBIRD adalah teksi mewah atau takrif atas (terdiri daripada kerete mewah seperti Camry, Mercedes, alphard dsb) dan kami dikenakan cas 2x ganda dari jenis teksi BLUBIRD (Toyota Trios@Vios). Jika diikutkan tambang dari hotel ke Gedung Mangga Dua hanya RP 27 000 ikut meter.


Mangga Dua Square

Kami tiba di Gedung Mangga Dua Square pada 10am namun gedung tersebut masih belum dibuka dan rupanya ianya dibuka mulai 11am sehingga 8pm. Kebanyakan gedung-gedung di Jakarta dibuka lewat dan tutup awal.
Selepas kami ronda-ronda untuk tempoh lebih kurang 2 jam kami mengambil keputusan untuk beredar dan pergi ke Taman Miniatur Indonesia Indah yang tertelak agak jauh ke selatan dengan menaiki teksi BLUBIRD.

Nombor teksi BLUEBIRD yang boleh dihubungi

Menjadi "sakai/jakun" juga saya melihat kota Jakarta secara live dengan bangunan pencakar langitnya dan keadaan sekeliling kerana sebelum ini hanya melihat Jakarta di internet dan Sineteron saja, dan kami tiba di TMII dengan kos bayaran taksi RP 115 000. Anda bayangkan sendiri jaraknya.

Pintu Gerbang Masuk Ke Taman Miniatur Indonesia Indah

Bayaran masuk ke TMII ialah RP 10 000 (RM-+3) seorang untuk sekali masuk dan terdapat lain-lain bayaran untuk masuk ke tempat-tempat tertentu di dalam TMII namun kami tidak masuk ke tempat-tempat tersebut kerana cukup sekadar melawat taman-taman yang tersedia dengan pakej sekali masuk RP 10 000 seorang sudah memadai. Kalau nak diceritakan apa yang ada di TMII 3 minggu baru selesai saya hanya ceritakan dengan peta laman TMII.

 Peta Keseluruhan Taman Miniatur Indonesia Indah

TMII sememangnya sebuah taman yang amat besar dan luas dan memerlukan sehari suntuk untuk menjelajah keseluruhan taman. Dengan mengelilingi TMII seolah-olah kta telah pergi ke semua bahagian yang terdapat di Indonesia. Dengan itu kami menyewa motosikal elektrik yang disediakan pengurusan taman dengan kadar RP 25 000 untuk sejam. Kami hanya menjelajah 3-4 taman sahaja kerana kesuntukan masa dan hari sudah mulai mendung dan kami hanya sempat menziarah Anjung Riau, Anjung Bali, Anjung Yogjakarta dan Museum Indonesia.


Selesai menjelajah TMII kami mengambil keputusan untuk beredar dan pergi ke Gedung Membeli Belah Senayan City Mall dengan menggunakan tak lain tak bukan teksi BLUEBIRD dengan kos tambang taksi RP 95 000.
Senayan City Mall

Perjalanan dari TMII ke Senayan City Mall akan melalui Stadium yang terkenal semasa Perlawanan Piala Suzuki di antara Malaysia dan Indonesia, Stadium Gelora Bung Karno. Tidak sempat saya merakam gambar stadium itu secara lansung kerana terlalu teruja untuk tiba di Senayan City Mall. Setibanya di Senayan City Mall kami terkejut kerana laluan kenderaan masuk ke kawasan DROP OFF dan laluan ke basement parking dikawal oleh ramai pengawal keselamatan yang memeriksa setiap kenderaan yang masuk ke kawasan tersebut termasuk teksi yang kami naiki dan diminta untuk membuka bonet kereta dan diperiksa dari depan ke belakang, atas dan bawah dan keadaannya seperti mahu melepasi pintu sempadan sesebuah negara. Menurut pemandu teksi itu adalah langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian mengebom gedung membeli belah berulang.

Pemeriksaan tidak berhenti setakat laluan masuk kenderaan. Di pintu masuk Gedung Senayan City Mall setiap pengunjung yang memasuki pusat membeli belah tersebut perlu meletakkan beg yang dibawa ke mesin pengimbas dan melalui pintu mengimbas seperti pemeriksaan Airport sebelum dibenarkan memasuki gedung berkenaan. Senayan City Mall menempatkan pelbagai butik-butik berjenama antarabangsa seperti CK, Gucci, Prada, Polo dan banyak lagi.

Permandangan Kota Jakarta dari Food Court Senayan City Mall

Perjalanan kami diteruskan ke Gedung Membeli belah Thamrin City yang jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Senayan City Mall dengan menggunakan teksi. Gedung Thamrin City menempatkan pusat membeli belah pakaian seperti baju kurung, baju kebaya, baju tradisional, telekung sembahyang untuk perempuan dsb dan rata-rata peniaga di Thamrin City beragama Islam. Sebaik tiba di Thamrin City lebih kurang 7pm kami begitu malang sekali kerana kebanyakkan kedai tutup dan rata-rata peniaga sedang bersiap untuk menamatkan perniagaan pada hari tersebut dan kami difahamkan Thamrin City sememangnya tutup pada pukul 8pm pada hari-hari biasa dan tutup lebih awal pada hujung minggu.

Thamrin City Mall

Tidak jauh daripada Thamrin City Mall terdapat juga Gedung membeli belah yang lain seperti Grand Indonesia, Plaza Indonesia dan berhampiran juga dengan Tugu yang terkenal di Jakarta iaitu Bulatan Tugu Selamat Datang. Untuk ke Grand Indonesia kami menaiki kenderaan yang dinamakan Bajaj atau digelar tuktuk di Thailand. Walhal dengan berjalan kaki pun boleh sampai ke Grand Indonesia dari Thamrin City. Namun jam telah menunjukkan jam 930pm dan kami tidak masuk ke Grand Indonesia dan pergi ke Tugu Bulatan Selamat Datang untuk merasai suasana malam kota metropolitan Jakarta.

Bajaj

Grand Indonesia

Tugu Bulatan Selamat Datang

Jakarta ialah syurga membeli belah. Tanah Abang, satu kawasan yang popular di kalangan penduduk Jakarta. Waktu operasi Tanah Abang ialah 8am-5pm dan kalau tidak singgah di Tanah Abang jika berkunjung ke Jakarta bermakna anda rugi. Tanah Abang adalah pusat beli belah secara borong yang menjual pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Selain itu Tanah Abang adalah destinasi pembelian kain-kain untuk membuat baju kurung, baju melayu, baju kebaya, kain langsir malah boleh dikatakan Tanah Abang adalah destinasi beli belah tekstil terkemuka di Jakarta. Gedung ini sangat besar dan boleh menyebabkan kita sesat didalamnya jika tidak mengingati jalan keluar seperti yang dialami oleh kami yang masuk di Blok A dan keluar di Blok B yang terletak lebih kurang 50m dari dari pintu masuk Blok A dan dengan saiz bangunan ini yang besar sehingga tidak terdapat telephone coverage jika anda berada di dalam bangunan ini. Pesanan bagi mereka yang ingin mengunjungi pusat beli belah Tanah Abang, perkara utama perlu dijaga ialah Beg Tangan, dompet dan barangan beharga peribadi kerana kejadian seluk saku kerap berlaku di sini. Pesanan ini bukan pesanan berbentuk peribadi tetapi pesanan  pemandu teksi yang menghantar kami ke sini.

Tanah Abang

Destinasi yang harus dilawati di Jakarta ialah Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai MONAZ di kalangan penduduk Jakarta. Disarankan untuk melawat tempat ini seelok nya pergi pada waktu malam kerana pada waktu siang kawasan ini panas disinari cahaya mentari dan tempat berteduh daripada kepanasan amat jauh sekali. Keadaan pada waktu malam lebih cantik kerana MONAZ disinari dengan lampu dan kelihatan lebih meriah berbanding siang dan terdapat banyak peniaga-peniaga menjual souvenir di sekitar kawasan Monaz.

MONAZ

Fatahillah Square, Kota Tua, Jakarta

Kesimpulanya, Jakarta adalah kota yang sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong daripada Malaysia kerana terdapat beberapa persamaan seperti bahasa, adat dan budaya serta makanan yang lebih kurang sama seperti kita di Malaysia. Penduduk Jakarta juga rata-rata sangat membantu dalam menunjuk arah kepada pelancong-pelancong luar yang datang ke tempat mereka.